Wednesday, December 21, 2016

Hujung

Kehendak.

Di mana sesal tiba di suram hening pagi
Mengenang kala kelipan bintang samar di balik nimbus tebal
Sudut jitu terserlah keagunganNya
Sebalik harian indah tercetus keabadian sepi
Terjebak dalam medan kekufuran
Tersedak dibalik kemewahan zahir
Disadung tinggi keinginan taman konkrit
Tiada harum tiada kuntum
Sebaliknya sergam tercipta sebuah institusi yang dituntut
Namun tiada bersurut.

Habis.

Monday, January 4, 2016

Rekah dan Amarah

Tidak syak dari jurang merasai tunjang pengasingan,
Memungkinkan kedamaian,
Melumrahkan ketenangan.

Biar tinggi gunung untuk didaki jangan dicaci pokok yang dipanjat.
Biar dalam laut yang direntasi jangan ditawa parit yang paras buku lali.

Kerana kelansungan pada paksi kejatuhan utuh akan kesakitan dan kepedihan yang menyelam jua akan insan.

Namun kebangkitan dan kekuatan yang tidak diundang meraksa pada sulam titian mengangkat jiwa.

Peace yo.


Sunday, December 13, 2015

Peluang dan waktu

Berubahnya siang menjadi malam,
Mendung siang tanda hujan nak mendatang.
Berubah manusia tiada yang tahu,
Sekelip mata biar masa yang menentu.

Kerana takdir kendiri jadi tak pasti,
Kerana hati termakan segala jasa dan budi,
Kerana kering yang dulunya berisi,
Kerana seksa tiada apa yang berbunyi.

Menunggu hadirnya pelangi selepas hujan.
Namun yang datang ribut dan taufan.

Kau.
Bukan senang nak bagi peluang,
Apa lagi aku yang memang tak kau pandang.

Aku.
Hanya mengharap pada waktu,
Walau ku tahu nilainya lebih dari segala yang dituju.


luels.

Angle and Angel

Sudut.

Cuba berdiri setapak tepi. Walau kita nampak objek yang sama, perspektif pada subjek selalunya berbeza. Bukan salah tapak atau jarak, bukan juga salah objek atau subjek, tapi sudut yang dipilih memberi pandangan masing buat kelainannya.

Kadang kita alpa, pada sudut yang tidak jelas. Ada sudut objeknya dekat namun dinampaknya jauh. Yang teruknya, kadang kita tak sedar dan lupa, kita mampu bergerak membetulkan posisi agar nampak lebih nyata dan jelas apa yang terlindung tanpa sedar.

Tapi tak semua yang sedar itu nyata.
Tapi yang nyata itu pasti sedar.

Yang nyata selalu kita lupa, di setiap sudut kanan dan kiri, ada yang mencatat segala amal budi, ditugaskan Ilahi.

Begitu.

iDia

Datang.
Tak diundang, tak juga dihalang.
Perlunya akal dalam kehidupan menjengkal waktu yang berlalu tanpa erti.
Hari hari ku yang dipenuhi mendung kadang kadang cerah,
Umpama cuaca di ketika musim sejuk di Manchester.

Pergi.
Tak disuruh, tak juga dicemuh.
Bila sampai detik keperluan jawapan,
Bila sampai masa ingin pencarian penyelesaian,
Dia pergi.

Datang dan pergi tanpa sedari.

Idea.
iDia.
i-dia.
saya dan dia.


geddit?

leuls.

-chip- 

Thursday, October 1, 2015

Tak Tahu.

Sedangkan adanya seakan tiada,
Pergi menjana tenaga yang sia - sia tapi rasa bahagia.
Hitam warna cerah, Putih menjadi gelap,
Terang jadi gelita, Yang indah kian malap.
Denyutan hati laju mencurahi bibit bibit kata yang lama,
Mencari dikau dalam suram hanyut dibawa arus ke dasar semak.
Kekayaan yang dicari kian dekat dek tamak dan haloba,
Nafsu yang bawa diri ke jalan serong siapa nak tanya.
Malu nak pergi, segan nak tunggu di sini.
Kaku menanti, berat kata hati.

Tunggulah,
Ayam jantan bertelur,
Ketam jalan lurus,
Keldai laju bak kuda,
Gajah sekecil kuman,
Burung tak berani terbang,
Ular berkaki dan berjalan.

Tunggulah.
Matahari terbit dari sebelah sini.
Baru nak sedar diri, baru nak mengerti?
Entah.

Tak tahu apa dalam fikiran kau.
Tahu apa dalam fikiran aku.
Tak tahu apa nak buat lagi dengan kau.
Tahu susah nak lepaskan kau aku.
Tahu susah.
Tak tahu nak senang.
Tahu sakit.
Tak tahu sampai bila nak perit.

Tuesday, August 4, 2015

Pertemuan

Kehadiran yang tak dijemput namun berundang.
Kehadiran yang tiada tiba menjadi indah.
Kehadiran yang tak dijangka ketika diri telah pergi.
Kehadiran yang masih menghantui.

Sabar dan tabah terus jadi pegangan,
Tiap yang berlaku ada perkataan.
Seru menjadi niat tiba datang agama dan istiadat.
Doaku agar kekal hingga akhir hayat.

Sungguh pun pengharapan yang kau takutkan,
Aku dekat selalu jadi kekuatan.
Sungguh detik yang lalu sangat mengerikan,
Tetap aku bersyukur dengan pertemuan.

Biarlah yang bakal terjadi itu tak pernah pasti, yang penting hari ini kita happy.