Thursday, May 28, 2015

Cahaya

Mendaki dalam gelap menuju langit,
Dahan halus pengalaman menjadi tanda arah.
Tiadalah ruang cahaya menemani jalan,
Jika kau berjalan dalam tempurung diri menutupi hati.
Hati yang lembut tapi dikeraskan disisikkan lilin,
Lilin yang tiada mungkin cair dek api,
Biar lava gunung pun tak akan mampu,
Kerana kelembutan hanya ada pada dirimu,
Kelembutan yang kau sahaja tahu ada di mana.
Dan bila kau sedar dalam kegelapan,
Carilah cahaya.
Kerana cahaya sentiasa ada.
Awal akhir cepat dan lambat.
Percayalah.
Cahaya sentiasa ada.

Tuesday, May 26, 2015

Mengejar Angin.

Kau rasa.
Kau tahu ia ada.
Sejuk, laju, sepoi sepoi, habuk, pasir, berpusing, kencang.
Lalu kau cuba,
Kau mahu cuba.
Mencuba sesuatu yang sia-sia.
Mencuba sesuatu yang dah terang nampak hasilnya.
Hasil sebelum kau mula.
Tapi sebab kau rasa.
Kau tahu ia ada.
Kau masih mahu cuba.
Kejar.

Angin.



Sunday, May 24, 2015

Lari.

Yang menghantui aku.
Yang membaham hari-hari ku.

Yang menggelapkan malam.
Yang semarakkan dendam.

Biar ditelan zaman,
Biar dimakan hari.

Takkan dapat aku lari dari pasti,
Biar lama aku bertapak di alam fantasi.

Roda ini yang aku lalui,
Sedarkan aku dari layang yang tidak bertali.
Bangkit aku untuk dikejari,
Cukup penat dalam mencari.

Gari yang hilang kunci,
Mencari dalam kegelapan,
Memungkinkan yang zahir,
Menidakkan yang batin.

Merangkak meraba jawapan,
Habuk yang kusam menusuk mata.

Lari.
Pergi.
Kau.

Jauh

Jauh,
Engkau sudah Jauh sampai aku terbunuh.

Api ini malapetaka,
Atau hanya cebisan celaka.

Pergi dikau Jauh ke sana,
Aku sudah hambar lagi merana.

Mohon kamu pergi Jauh,
Sampai nanti aku berhenti mencemuh.

-Sang Kaca Mata-

Thursday, May 21, 2015

PadaMu.

Sering diri berkata, hanya Kau yang satu.
Tiada dua, tiada yang lebih Esa.
Sekecil kuman diri ini, seluas lautan dihiasi dosa.

Tiada pernah mengelak dari lalai,
Namun peluang Kau beri pelbagai.

Akan aku cuba sedaya upaya,
Tiada alasan tiada dusta.

Kewajiban diri, kemestian hamba.
TaatiMu di setiap waktu dan ketika.


Magis.

Percikan bunga api, suram yang kau nampak.
Haruman bunga mawar, hanyir deria rasa.

Derita dalam tangisan, gembira dalam senyuman.
Klise'.

Kuat dengan tusukan, luka dalam belaian.
Baru umph.

Ya?

Tuesday, May 19, 2015

Ralat.

Salam and Hello.

Here to announce I have a new partner, new author, new contributor to this blog.
By the name of Sang Kaca Mata, we hope you enjoy our "streak and scratch". His first post, Apa Khabar Senyum baru sahaja diupload. Dalammmm.

Lols.

Till next post,
Chip.

Apa Khabar Senyum.

Satu Dua dan Tiga,
Menghitung terus menghitung.

Awan sayu dari jendela,
Fikiran melayang terus ke ombak.

Kosong hati tiada meneka,
Sengsara Jiwa tiada mengerti.

Mana Suka, 
Mana Duka,
Mana itu, 
Mana ini,

Rabak akal kerna ini ;
Hanya secebis senyuman darimu.

Setia dinanti zahir ini,
Apa Khabar Senyum mu?

*Lamunan puisi sambil berasap tatkala idea mencurah dari atap :)




-Sang Kaca Mata-

Monday, May 18, 2015

Movement.

Tak akan pokok bergoyang tanpa angin,
Mana ikan berlari di lautan.

Burung burung bukan tidur di awangan,
Ada pula kelawar tidur baring.

Kalau singa boleh dijinak,
Takkan kucing datang pun nak lari.

Bila kancil jadi simbol kepandaian,
Lembu pula dikata berhelah.

Hendaknya ular berjalan tiada kaki,
Mahukah Ketam berkaki tak lurus jalannya.

Rama-rama bebas dari kepompong,
Tapi katak ramai di bawah tempurung.

Siakap senohong ikan berduri,
Bercakap bohong ruginya kasawari.

Entah.


Kata guna simbol haiwan ni mudah nak paham. Kan?

Friday, May 15, 2015

Kerana apa

Pernah rasa mencari tenang
tapi hiba yang datang.
Bila ramai orang
waktu itu juga sepi yang nak teman.
Lantas kau senyum dalam tawa,
gelak dalam duka.

Hipokrisi pada diri sendiri,
suap orang dengan fantasi.

Siapa kita nak tipu diri sendiri?

Kalau mata tak nak pejam, pastikan tenang.
Kalau tangan kata pegang, jangan pula renggang.
Kalau kaki kata pergi, jangan terus berdiri.
Kalau hati kata nanti, kau tunggu lah nanti.

Dah orang suruh pergi,
kenapa masih disini?

Kerana kau ku masih disini.
*(Lagu Alleycats - Kerana)*

Wednesday, May 13, 2015

Kata Pujangga

Lebatnya hujan membasahi bumi,
Datang pelangi meriangi suasana.
Kelam datang tanpa sedar,
Sinar harapan tiba dalam lamunan.

Mana mungkin merpati keseorangan,
Mana pernah lebah tiada kawan.
Jangan pernah menohok kawan seiring,
Kata pujangga seadanya penting.

Kadang layar mampu menimpa tiang,
Yang datang bertambah semaking kurang.
Jangan jadi tali putusan layang,
Nanti takut badan juga yang terbang.

Orang tua lantang memberi pesan,
Banyak akar pada pokok, ribut pun tiada takut.
Membadai burung atas langit, jangan berharap ia merendah.
Apa juga jadi, jangan diri rempuh sarangnya lebah.


woots woots.

The on-repeat short story No 2.


First I need your imagination. 
Now imagine, ALL OF YOUR BODY PARTS can talk to each other.
Except for that  in the front ehem ehem and the brain.


Okay here goes the story.

So there is a competition which body part is the best among the best. So the eyes first stand his ground; "I am the best because without me, human cannot see". Then the ear said "I am the best because I allow you to listen!". And so other parts of the body; mouth, hand, leg claimed they the best. 

Suddenly out of everyone, the Ass, which the only part who facing the back side, suggest, "guys.. I am the best..because...." Not even the Ass finish its sentence, other parts start to laugh. "How can you be the best? you only capable, and do shit! All those related to shit! You cant do other things!"

The Ass get so angry. Not even it given the chance to finish its sentence, other parts laughed and only mentioned about shit. And in sorrow, the Ass stays away from other parts and left alone. 

The time comes. The hand carries food, to the mouth, tooth to nip, stomach to digest. And when the food is ready to become shit, shit happens.

The Ass refuse to shit. The Ass refuse to let the shit out. 

Other body parts keep on asking the Ass to shit, keep on saying bad things about the Ass. The Ass wants them to admit that the Ass is the best part of the body but the rest still refuse and keep insulting the Ass. For few days, the Ass refuse to shit. Other body becoming weaker and weaker. But the Ass stand still. The Ass is the only body part who can stand the pain of no shit out.

In the end, after days of suffer, the other parts cannot take the pain and the suffering. They finally apologise to the Ass and admit that the Ass is the best!

*Credit goes to my prefect captain back in 2003 (or 2004). Thank you for the dirty inspiring story. I even used it when I was the counselor of the Prefect Board.

The on-repeat short story No 1.

Cikgu dan Anak Muridnya.

Hassan baru siap kerja sekolah yang diberi Cikgu Aina. Dia berjalan ke depan untuk menghantar kerjanya. "Cikgu, ini latihan yang cikgu beri tadi." "Okay, letakkan atas meja, Hassan" seraya Cikgu Aina. Dengan tiba-tiba Hassan bertanya pada Cikgu Aina, "Cikgu, boleh tak cikgu bercerita? apa apa cerita pun boleh. Yang boleh membawa pengajaran" Cikgu Aina terdiam dengan kehendak Hassan. Lantas Cikgu Aina menyuruh dia ke padang. "Hassan, sebelum saya  mula cerita, saya ada tugasan untuk awak. Awak pergi padang dan saya nak awak balik ke kelas dengan satu, satu sahaja rumput yang awak jumpa yang paling cantik". Hassan terus ke padang.

Sampai Hassan di padang, di pun mula mencari rumput yang tercantik. Selepas hanya dua langkah, dia jumpa satu rumput yang dia rasa cantik. Dia petik. Tetapi dia nampak yang lebih cantik didepan. Lantas dia terus ke depan dan memetik rumput yang lain. Tiap kali Hassan memetik rumput yang dirasanya cantik, dia akan nampak yang lebih cantik di sekitar padang. Dan selepas beberapa ketika dia pulang ke kelas tanpa membawa mana mana pun rumput.

"Mana rumput yang saya suruh awak ambil Hassan?" tanya Cikgu Aina.

"Saya tak jumpa lah cikgu. Bila saya petik satu, nampak lagi satu yang cantik. Bila petik yang lain , nampak lagi yang cantik. Saya terus tak dapat apa apa pun cikgu".

"Hassan, itu lah manusia. Tak pernah puas dengan apa yang kita ada. Kerana ketidakpuasan awak, awak terus tak dapat apa apa pada akhirnya. Kenapa awak tak bawa balik rumput yang pertama sekali awak petik? apa beza rumput yang pertama dengan yang terakhir yang awak petik? Ia masih sama kan? Oleh itu sentiasa ingat, syukur dan jaga elok elok apa yang kita ada. Kadang kadang kita tak sedar yang kita dah ada itu adalah yang terbaik dari yang terbaik. Kalau kita tak pernah puas, asyik dan lalai sentiasa mahukan yang lebih baik, kita mungkin akan kehilangan yang terbaik"

Credit to the person who told me this story back in 2008.


Nak tukar sikit cerita jad lebih menarik :-


"Mana rumput yang saya suruh awak ambil Hassan?" tanya Cikgu Aina. 

"Maaf cikgu, ada papan tanda tulis "DILARANG PIJAK RUMPUT".


Okay bye.

Tuesday, May 12, 2015

Potret

Kerana wajah dah pudar,
Hati makin resah.
Detik demi detik terpaku,
Semua jadi tak perlu.

Dingin kerana matahari,
Panas kerana hujan.
Metafora tak diterima akal,
Hiperbola jangan disangkal.

Mungkin kita memungkinkan,
Pasti tak pasti kita adakan.
Jujur kita perlukan,
Semua mesti jadikan?

Lihat semula wajah,
Lihat semua wajah.
Ada kalimah di sudut sana,
Ada potret yang berkelana.

copy and paste from Chip Bercerita.
September 28, 2013.

Api

 
Seteruk mana masa lampau kita
Kita perlu ke depan
Jangan hantui apa yang pernah jadi
Genggamlah, Jadilah ia ranting kayu dan dauan kering
Yang kita campak dalam Api
Api itu yang membara bawa hati
Api itu yang membara menusuk diri
Tapi jangan kau buang abu yang datang dari Api itu
Sebab abu itu kita. 
kita punya, bukan orang punya
Simpan semua buat kenangan
pahit mahupun manis, biarlah tawar tak rasa apa
Kita simpan
Simpan sampai bila-bila
Sebab kita tak tahu kita duduk sini sampai bila.
 
 
 Extracted from Chip Bercerita, with few amendments.

Ke Mana Perginya.

Bila mahu tapi kita malu,
Sudah gadai semua baru rasa perlu.
Tidak kembali terus pergi,
Tapi masih bermuka muka.
Takut pada yang mendatang,
Yang dikejar tak dipegang.

Tapi kau pandang jauh,
Masa tiada fikir ku.
Kenangan yang payah dicari,
Selalu ada tempat kau nak lari.

Sia dan sesal tak akan ubah apa,
Darah mengalir udara dihirup juga.
Orang tua kata "Takkan gunung lari ke mana",
Tapi permata itu yang kau simpan,
Yang aku genggam dalam diam,
Ke mana perginya.

Pendahuluan

Assalamualaikum.

Setiap dari kita punya cerita yang berbeza. Dalam setiap cerita ada sedih dan gembira, senyum dan tawa. Yang pasti hanya kita yang tahu, walau pada ribuan rakan kita ceritakan.

As a start of this new medium for me to shared my personal, random thoughts through indirect understandable related words.  I wont be directed any of it to any individual. But if you fit the shoes, please take my apology in advance! It's just a way, and meant to be shared, things to be learn and a way of me being a better person. And a new hobby out of the boredom. Lols.

It can be anything from random quotes, to short stories, a poem a songs.I will try my best to give my own words, but I might quotes words other sources (songs movies people etc). I will try my best to give the best out of it all. I might as well take few posts from Chip Bercerita in case of needed. Second Lols.

Hasil dari "karya" ini adalah untuk dikongsi. It is meant to be shared. Please do if you want to take it. Boleh jadi pengajaran, pengalaman, peneman dan sebagainya. Its up to you to do whatever you want. No Copyright issue.

Jika ada yang bertanya tentang Chip Bercerita, ampun dan maaf dipinta kerana ia tidak akan dibuka setiap masa. Tapi akan ada ketika yang akan saya buka for public reading maybe untuk sementara dan akan tutup semula. Buka tutup buka tutup. I will not tell when it is open it is for you to find out lah. Try and error! :) 

But asked me in private if you want to be in the reading list then I will send you the invite (if you want lah tak ada benda interesting pun), and only if you have a google account baru boleh terima invitation kot. I rasa lah.

Okay till then, wait for my first "karya"!

Thank you.

Salam.


-chip-