Friday, May 15, 2015

Kerana apa

Pernah rasa mencari tenang
tapi hiba yang datang.
Bila ramai orang
waktu itu juga sepi yang nak teman.
Lantas kau senyum dalam tawa,
gelak dalam duka.

Hipokrisi pada diri sendiri,
suap orang dengan fantasi.

Siapa kita nak tipu diri sendiri?

Kalau mata tak nak pejam, pastikan tenang.
Kalau tangan kata pegang, jangan pula renggang.
Kalau kaki kata pergi, jangan terus berdiri.
Kalau hati kata nanti, kau tunggu lah nanti.

Dah orang suruh pergi,
kenapa masih disini?

Kerana kau ku masih disini.
*(Lagu Alleycats - Kerana)*

No comments:

Post a Comment