Mendaki dalam gelap menuju langit,
Dahan halus pengalaman menjadi tanda arah.
Tiadalah ruang cahaya menemani jalan,
Jika kau berjalan dalam tempurung diri menutupi hati.
Hati yang lembut tapi dikeraskan disisikkan lilin,
Lilin yang tiada mungkin cair dek api,
Biar lava gunung pun tak akan mampu,
Kerana kelembutan hanya ada pada dirimu,
Kelembutan yang kau sahaja tahu ada di mana.
Dan bila kau sedar dalam kegelapan,
Carilah cahaya.
Kerana cahaya sentiasa ada.
Awal akhir cepat dan lambat.
Percayalah.
Cahaya sentiasa ada.
No comments:
Post a Comment