Wednesday, May 13, 2015

The on-repeat short story No 1.

Cikgu dan Anak Muridnya.

Hassan baru siap kerja sekolah yang diberi Cikgu Aina. Dia berjalan ke depan untuk menghantar kerjanya. "Cikgu, ini latihan yang cikgu beri tadi." "Okay, letakkan atas meja, Hassan" seraya Cikgu Aina. Dengan tiba-tiba Hassan bertanya pada Cikgu Aina, "Cikgu, boleh tak cikgu bercerita? apa apa cerita pun boleh. Yang boleh membawa pengajaran" Cikgu Aina terdiam dengan kehendak Hassan. Lantas Cikgu Aina menyuruh dia ke padang. "Hassan, sebelum saya  mula cerita, saya ada tugasan untuk awak. Awak pergi padang dan saya nak awak balik ke kelas dengan satu, satu sahaja rumput yang awak jumpa yang paling cantik". Hassan terus ke padang.

Sampai Hassan di padang, di pun mula mencari rumput yang tercantik. Selepas hanya dua langkah, dia jumpa satu rumput yang dia rasa cantik. Dia petik. Tetapi dia nampak yang lebih cantik didepan. Lantas dia terus ke depan dan memetik rumput yang lain. Tiap kali Hassan memetik rumput yang dirasanya cantik, dia akan nampak yang lebih cantik di sekitar padang. Dan selepas beberapa ketika dia pulang ke kelas tanpa membawa mana mana pun rumput.

"Mana rumput yang saya suruh awak ambil Hassan?" tanya Cikgu Aina.

"Saya tak jumpa lah cikgu. Bila saya petik satu, nampak lagi satu yang cantik. Bila petik yang lain , nampak lagi yang cantik. Saya terus tak dapat apa apa pun cikgu".

"Hassan, itu lah manusia. Tak pernah puas dengan apa yang kita ada. Kerana ketidakpuasan awak, awak terus tak dapat apa apa pada akhirnya. Kenapa awak tak bawa balik rumput yang pertama sekali awak petik? apa beza rumput yang pertama dengan yang terakhir yang awak petik? Ia masih sama kan? Oleh itu sentiasa ingat, syukur dan jaga elok elok apa yang kita ada. Kadang kadang kita tak sedar yang kita dah ada itu adalah yang terbaik dari yang terbaik. Kalau kita tak pernah puas, asyik dan lalai sentiasa mahukan yang lebih baik, kita mungkin akan kehilangan yang terbaik"

Credit to the person who told me this story back in 2008.


Nak tukar sikit cerita jad lebih menarik :-


"Mana rumput yang saya suruh awak ambil Hassan?" tanya Cikgu Aina. 

"Maaf cikgu, ada papan tanda tulis "DILARANG PIJAK RUMPUT".


Okay bye.

No comments:

Post a Comment